Saturday, 4 June 2016

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Pemulihan BM

Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh:  10/8/ 2013
Tahun: 3 M
Bil Murid: 2 orang
Masa: 7.45-8.15 am
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk: Kenderaan

Nama murid
Yeo Suk Li
Lau Mei Fung
Kemahiran
8.0 Perkataan KVK
8.3 Menyesuaikan perkataan KVK dengan gambar 
8.5 Menulis perkataan KVK berdasarkan gambar
Objektif
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, setiap murid dapat:
1. Menyesuaikan 4 daripada 5 perkataan KVK dengan gambar.
2. Menulis 4 daripada 5 perkataan perkataan KVK berdasarkan gambar.
Isi pelajaran
Kenderaan
Penerapan nilai
Bekerjasama, berkeyakinan, bertanggungjawab
Penerapan mata pelajaran
Moral, muzik
Unsur terapi
Terapi muzik dan nyanian, pertuturan
Kemahiran Berfikir
Kreatif, menghubungkait, menganalisis
Bahan bantu belajar
Video, power point, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada
Murid pernah melihat perkataan KVK dalam kehidupan seharian


Isi pelajaran
Langkah dan aktiviti
Cacatan
Set induksi
(5 minit)
Guru menayangkan video “Apakah bunyi ini”.
Guru bernyanyi dan melakukan aksi bersama-sama dengan video.
Guru juga menunjukkan model yang telah disediakan kepada murid sambil menyanyi.
Murid memerhati pergerakan guru.
Murid bernyanyi bersama-sama dengan lagu yang telah ditayangkan oleh guru.
AMB: video
KP: musik, kinestatik
Teknik:
Langkah 1
(10 minit)
1.Apakah perkataan ini?
Guru menunjukkan gambar perkataan KVK kepada murid.
Guru menyoal murid perkataan tersebut.
Guru menunjukkan murid perkataan KVK.
Guru mengajar murid cara menyebut perkataan tersebut.
Guru meminta murid menyebut perkataan KVK secara rawak.
Murid menjawab soalan guru.
Murid menyebut perkataan KVK selepas guru menyebut.

ABM: kad gambar dan perkataan
Teknik: soal jawab.
Langkah 2
(20 minit)
Guru menunjukkan buku “kenderaan”.
Guru mengajar murid membaca buku tersebut.




Murid membaca buku tersebut bersama-sama dengan guru.
ABM: buku
Langkah 3
(15 minit)

Guru mengedarkan sekeping kertas A4 kepada murid.
Guru minta murid melukis dan juga menulis perkataan KVK yang terdapat dalam buku dalam peta bulatan.
Guru memberi bimbingan kepada murid yang tidak tahu menulis perkataan KVK.
Guru minta murid memegang peta bulatan dan bernyanyi lagu “apa bunyi ini” di depan kelas.
Setiap murid dikehendaki melukis satu peta bulatan berdasarkan cerita yang dibaca oleh guru dalam buku kenderaan.
ABM: kertas A4.
Langkah 4
(10 minit)
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
Guru membimbing murid untuk menyelesaikan lembaran kerja.
Murid dikehendaki menyelesaikan lembaran kerja.

Penutup
(5 minit)

Guru menunjukkan model kenderaan kepada murid dan guru menayangkan video kenderaan sekali lagi.
Guru minta murid menyanyi dan menyebut perkataan berdasarkan muzik dan model yang ditunjukkan oleh guru.
Murid bernyanyi dan menyebut perkataan yang terdapat dalam video.
ABM: video
Refleksi: __________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment