Sunday, 5 June 2016

Apabila Kayu Menjadi Bbm Guru Pemulihan

KAYU DIJADIKAN BAHAN UNTUK MENGAJAR MURID PEMULIHAN

Tujuan menghasilkan BBM ini adalah untuk membantu murid pemulihan menguasai cara menyebut perkataan KVKVKV, VKVK, KVK, KVKKV, KVKVK, KVKKVK, KVKKVKK, dan juga warna. 
Selain itu, guru juga dapat menggunakan kit ini untuk mengajar murid membina ayat pendek, mereka cerita berdasarkan gambar dan, bercerita berdasarkan gambar. 
Penghasilan BBM kayu ini diharapkan dapat menyediakan pengalaman baru kepada murid pemulihan dalam proses menguasai kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur.

Kuib Kayu









Gambar sebelah terdiri daripada objek ataupun benda yang telah terlekat di atas kuib. Gambar-gambar tersebut dapat menarik minat murid untuk belajar isi pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. 


Langkah-langkah penggunaaan kuib kayu adalah seperti berikut:
1.      Guru akan mengajar murid berdasarkan gambar yang terdapat pada kuib.
2.      Guru akan memberi kuib kepada murid dan minta murid melihat dan memerhatikan kuib tersebut dahulu.
3.     Murid diberi peluang untuk menyebut perkataan dalam gambar.
4.  Selepas itu, guru akan menyebut perkataan demi perkataan berdasarkan gambar pada kuib dan murid dikehendaki menyebut perkataan yang disebut oleh guru. Murid dikehendaki ulang menyebut satu perkataan sebanyak 3 kali.
5. Guru akan menguji murid dengan menunjukkan gambar dan murid dikehendaki menyebut perkataan yang telah diajar oleh guru.
6.  Seterusnya, guru juga boleh memberi kuib kayu kepada murid. Guru akan menyebut perkataan dan murid dikehendaki menunjukkan gambar yang terdapat di atas kuib kayu.
7.  Jika murid telah menguasai kuib kayu tersebut, guru akan menggunakan kuib kayu yang lain untuk mengajar murid. 

No comments:

Post a Comment